The Album (album Blackpink)

The Album ialah album studio Korea pertama (kedua secara keseluruhan) oleh kumpulan wanita Korea Selatan Blackpink, dikeluarkan pada 2 Oktober 2020, menerusi YG Entertainment. Album ini didahului oleh sebuah single utama serta dua single pra-keluaran: yang satu berjudul "How You Like That" yang dikeluarkan pada 26 Jun 2020 dan "Ice Cream" yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2020, serta single utama yang berjudul "Lovesick Girls" yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Album ini akan menjadi album Korea Blackpink pertama yang dikeluarkan sejak Kill This Love (2019). Album ini dikeluarkan untuk pra-tempahan pada 28 Ogos.[4] Untuk album itu, Blackpink merakam lebih dari 10 lagu baru dan bekerja sama dengan banyak penerbit terkemuka, termasuk Teddy, Tommy Brown, R. Tee, Mr. Franks dan 24. Semua lagu ditulis dan dirakam dalam pengasingan sepanjang pandemik COVID-19, mereka menyatakan bahawa album ini "dapat memberikan banyak cahaya dan tenaga untuk semua orang yang tinggal di rumah dan tidak tahu apa yang harus dilakukan, semoga ini mampu menghiburkan mereka".[5]The Album menghasilkan tiga single. "How You Like That" dikeluarkan sebagai single pertama pada 26 Jun 2020. "Ice Cream" menampilkan penyanyi A.S., Selena Gomez yang dikeluarkan sebagai single kedua pada 28 Ogos 2020. "Lovesick Girls" dikeluarkan sebagai single ketiga serentak dengan pelancaran album pada 2 Oktober 2020.

The Album (album Blackpink)

Bahasa
  • Korea
  • Inggeris
Dikeluarkan pada 2 Oktober 2020 (2020-10-02)[1]
Masa 24:26
Studio rakaman YG Studio
Dirakam pada 2019–2020
Genre
Syarikat

Rujukan

WikiPedia: The Album (album Blackpink) http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/9... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/9... http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=202006131006... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200628000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200904000... http://en.ygselect.com/Product/Detail/view/pid/564... http://www.ygselect.com/shop/shopdetail.html?brand... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://osen.mt.co.kr/article/G1111444706 http://web.archive.org/web/20200926120627/https://...